Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Doa Amalan’ Category

Koleksi doa

Read Full Post »

Khutbah on Muslim familes in the 21st century.

Few doa and the tips.

The khutbah text

Tafseer Ibn Kathir Surah Taghabun

Sedikit penjelasan utk m/s 17-18 tafseer Taghabun from dear friend.

Terima kasih Rina atas link khutbah & tafsir ini. Dari pembacaan kak sai yang ilmunya sangat cetek ini, kisah disebalik surah ini adalah berkenaan Rasulullah & cucu2nya. Nabi SAW bersabda: “Benarlah apa yagn difirmankan Allah – Innamaa amwaalukum wa aulaa dukum fitnah- yang membawa maksud Sesungguhnya harta kekayaanmu dan anak-anak itu sebagi ujian. Kisah Nabi SAW mengangkat cucu2 baginda kerana hampir terjatuh ketika baginda sedang berkhutbah, baginda menggambarkan yang betapa cinta & kasihnya baginda kepada kedua-duanya sehingga sanggup memutuskan khutbah. Khutbah adalah mendekatkan kita kepada Allah, sedangkan mengangkat cucu baginda itu adalah gambaran keduniaan… keduanya tidak berdosa.. namun, kehidupan dunia banyak menyebabkan kita menangguh urusan akhirat kita.. Dalam surah ini juga menceritakan bagaimana para sahabat berkeinginan untuk berjihad dengan berhijrah ke Madinah atas perintah Nabi SAW, namun atas desakan dan pujukan isteri & anak2, langkah mereka terhalang… Wallahua’lam…

Itulah gambaran baginda bahawa keluarga & harta itu menjadi fitnah kepada kita. Kita sanggup mempercepatkan solat kerana mengejar keduniaan… atau ingin bersama keluarga.. sahabat handai.. sedangkan solat itu gambaran hubungan kita dengan Allah SWT. Kita sanggup memutuskan tali silaturrahim.. hanya kerana memenuhi kehendak pasangan & anak… kita sanggup mengurangkan sedekah… kerana ingin memenuhi keinginan dunia kita… semua itu gambaran fitnah anak & harta kepada kita…

Saya ingat kisah bagaimana Rabiatul Adawiyah ditanya oleh seorang handai tentang pisau. Kenapakah engkau tidak memiliki pisau kerana ia memudahkan engkau menjalan urusan harian ie memasak. Jawapan Rabiatul Adawiyah, wali Allah SWT ini adalah… aku takut…. pisau ini akan menjadi pemisah kepada hubungan aku dengan Rabb ku Allah SWT. Betapa takwanya tinggi para wali & ambiya.. sehingga.. mereka tidak sanggup berhadapan dengan natijah memutuskan hubungan mereka dengan Allah SWT.

Mungkina ada tambahan dari rakan2 yang lain… mudahan memberi manfaat… Yang baik itu datang dari Allah SWT & yang silap itu juga darinya atas kesilapan saya sebagai hambaNya yang lalai & lemah. Saya mohon maaf dari anda semua & mohon ampun kepada Allah SWT atas sebarang kesilapan yang mungkin berlaku. Wallahua’lam…

Salam sayang,
kak sai/sai

Read Full Post »

Read Full Post »

Assalamualaikum anak-anak ibu,

Alhamdullilah , kali ini ibu share dgn anak-anak dua-dua yg diberi oleh Ustazah Ibu semasa ibu sedang mempelajari hafazan Al Quran. Ibu panjatkan kesyukuran yang amat-amat sangat kpd Allah swt yg telah menganugerahkan ibu, seorg Ustazah yg begitu ikhlas dan baik utk mengajar. Yang tidak pentingkan wang ringgit. Masyallah. Ibu juga kagum dgn sifatNya yg biasa-biasa sahaja, tanpa baju yang berubah setiap hari, sentiasa sabar dan tersenyum dan begitu bersemangat mengajar kami murid-murid tua ini. Dan mungkin , doa-doa yg akan diberi olehnya akan bertambah. Insyallah, ibu doakan agar bila kita sudah di Malaysia, Allah swt akan menemukan ibu dengan guru yg serupa dgn Ustazah Hanan. Semoga Allah swt, mengampunkan dosa-dosa guru ibu guru-guru anak ibu dan merahmati beliau serta kaum keluarganya. Amin.

Read Full Post »

Read Full Post »

Read Full Post »

Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan “Yaa Rahim” sebanyak 100 kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.

*

*Doa memperoleh hikmah dan tergolong orang yang soleh (surah Asy Syuara ayat 83 – 85)

asysyura83. “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku Dengan orang-orang Yang soleh;

84. “Dan Jadikanlah bagiku sebutan Yang baik (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian;

85. “Dan Jadikanlah daku dari orang-orang Yang mewarisi syurga Jannatun-Naiim; [Asy Syura 83-85]

Doa lain iaitu mohon petunjuk yang lurus dari segala urusan (al Kahfi ayat 10).

kahfi

10. (ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan ugama kami”. [Al Kahfi 10]

Read Full Post »

Nampaknya artikel tentang ‘petua/tips untuk mendapat anak‘ mendapat respon hangat daripada pembaca blog ini.

Maka dengan ini, ingin saya beritahu kepada anda, satu lagi doa (daripada ayat Quran) yang sangat bagus untuk diamalkan dalam usaha anda untuk mendapatkan zuriat.

Doa ini adalah doa yang diamalkan oleh Nabi Allah Zakaria a.s.

Oleh kerana, Nabi Zakaria a.s tidak dikurniakan anak selama berpuluh-puluh tahun. Maka Nabi Zakaria a.s. telah merayu dan berdoa pada ALLAH SWT sepeti ayat dibawah ini. Dengan berkat rintihan doa Nabi Zakaria a.s tersebut, maka ALLAH SWT telah kurniakan isteri baginda mengandung dan mendapat cahaya mata mereka.

Maksudnya :
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”

((Rujuk Surah al-Anbiya’ ayat 89))

Doa ini sangat baik untuk diamalkan oleh para suami yang berhajat untuk menimang cahaya mata. Amalkan selalu membaca doa ini selepas solat. Merintih dan merayu lah pada ALLAH SWT agar dikurniakan zuriat penyejuk mata.

P/s- Doa ini juga dikatakan sesuai diamalkan bagi mereka yang susah untuk mendapat jodoh.

Read Full Post »

Doa Cukupkan keperluan

Doa dibaca utk cukupkan keperluan suami dan isteri.

At Taubah [ayat 129].

Baca pagi dan petang.

doa

Read Full Post »

Ayat Bismillah 6

Semua doa-doa atau bacaan ygbaik amat molek utk kita memohon kpd Allah swt. Apa yg tertulis di bawah ialah salinan daripada blog (maaf sudah lupa dari mana). Setiap usaha dan doa insyallah akan dimakbulkan Allah swt. Jika tidak dgn kadar segera, mungkin di akhirat.

Sesungguhnya balasan di akhirat amat baik. Oleh itu, saya mohon jangan percaya dgn detail di bawah ini. Cuma jadikan bacaan sebagai doa , pengharapan dan usaha dari kita hambaNya. Krn kesan doa ini tidak terdapat di dalam sebarang hadith sahih. Semoga coretan , artikel dan doa membawa kita kebaikan.

  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.