Archive for the ‘Doa Amalan’ Category
Koleksi doa
Posted in Doa Amalan, Trust Allah on July 27, 2009| Leave a Comment »
Muslim families in the 21st century
Posted in Al-Quran, Anak, Doa Amalan, Hukum Hakam, Ilmu Allah swt, Lesson learn, Peringatan buat anak-anakku on July 6, 2009| Leave a Comment »
Khutbah on Muslim familes in the 21st century.
Few doa and the tips.
Tafseer Ibn Kathir Surah Taghabun
Sedikit penjelasan utk m/s 17-18 tafseer Taghabun from dear friend.
Terima kasih Rina atas link khutbah & tafsir ini. Dari pembacaan kak sai yang ilmunya sangat cetek ini, kisah disebalik surah ini adalah berkenaan Rasulullah & cucu2nya. Nabi SAW bersabda: “Benarlah apa yagn difirmankan Allah – Innamaa amwaalukum wa aulaa dukum fitnah– yang membawa maksud Sesungguhnya harta kekayaanmu dan anak-anak itu sebagi ujian. Kisah Nabi SAW mengangkat cucu2 baginda kerana hampir terjatuh ketika baginda sedang berkhutbah, baginda menggambarkan yang betapa cinta & kasihnya baginda kepada kedua-duanya sehingga sanggup memutuskan khutbah. Khutbah adalah mendekatkan kita kepada Allah, sedangkan mengangkat cucu baginda itu adalah gambaran keduniaan… keduanya tidak berdosa.. namun, kehidupan dunia banyak menyebabkan kita menangguh urusan akhirat kita.. Dalam surah ini juga menceritakan bagaimana para sahabat berkeinginan untuk berjihad dengan berhijrah ke Madinah atas perintah Nabi SAW, namun atas desakan dan pujukan isteri & anak2, langkah mereka terhalang… Wallahua’lam…
Itulah gambaran baginda bahawa keluarga & harta itu menjadi fitnah kepada kita. Kita sanggup mempercepatkan solat kerana mengejar keduniaan… atau ingin bersama keluarga.. sahabat handai.. sedangkan solat itu gambaran hubungan kita dengan Allah SWT. Kita sanggup memutuskan tali silaturrahim.. hanya kerana memenuhi kehendak pasangan & anak… kita sanggup mengurangkan sedekah… kerana ingin memenuhi keinginan dunia kita… semua itu gambaran fitnah anak & harta kepada kita…
Saya ingat kisah bagaimana Rabiatul Adawiyah ditanya oleh seorang handai tentang pisau. Kenapakah engkau tidak memiliki pisau kerana ia memudahkan engkau menjalan urusan harian ie memasak. Jawapan Rabiatul Adawiyah, wali Allah SWT ini adalah… aku takut…. pisau ini akan menjadi pemisah kepada hubungan aku dengan Rabb ku Allah SWT. Betapa takwanya tinggi para wali & ambiya.. sehingga.. mereka tidak sanggup berhadapan dengan natijah memutuskan hubungan mereka dengan Allah SWT.
Mungkina ada tambahan dari rakan2 yang lain… mudahan memberi manfaat… Yang baik itu datang dari Allah SWT & yang silap itu juga darinya atas kesilapan saya sebagai hambaNya yang lalai & lemah. Saya mohon maaf dari anda semua & mohon ampun kepada Allah SWT atas sebarang kesilapan yang mungkin berlaku. Wallahua’lam…
Salam sayang,
kak sai/sai
Himpunan doa dari Ustaz Harun Din
Posted in Doa Amalan on March 13, 2009| 2 Comments »
Dua dari Ustazah Hanan – Guru Hafazan ibu
Posted in Al-Quran, Cerita ibu, Doa Amalan, Ilmu Allah swt on February 20, 2009| Leave a Comment »
Assalamualaikum anak-anak ibu,
Alhamdullilah , kali ini ibu share dgn anak-anak dua-dua yg diberi oleh Ustazah Ibu semasa ibu sedang mempelajari hafazan Al Quran. Ibu panjatkan kesyukuran yang amat-amat sangat kpd Allah swt yg telah menganugerahkan ibu, seorg Ustazah yg begitu ikhlas dan baik utk mengajar. Yang tidak pentingkan wang ringgit. Masyallah. Ibu juga kagum dgn sifatNya yg biasa-biasa sahaja, tanpa baju yang berubah setiap hari, sentiasa sabar dan tersenyum dan begitu bersemangat mengajar kami murid-murid tua ini. Dan mungkin , doa-doa yg akan diberi olehnya akan bertambah. Insyallah, ibu doakan agar bila kita sudah di Malaysia, Allah swt akan menemukan ibu dengan guru yg serupa dgn Ustazah Hanan. Semoga Allah swt, mengampunkan dosa-dosa guru ibu guru-guru anak ibu dan merahmati beliau serta kaum keluarganya. Amin.
Doa-doa kompilasi Dato’ Fadhillah Kamsah
Posted in Doa Amalan on February 12, 2009| Leave a Comment »
Doa -doa Para Nabi
Posted in Doa Amalan, Peringatan buat anak-anakku, Trust Allah on February 12, 2009| Leave a Comment »
Wirid dan doa utk disayangi
Posted in Doa Amalan on January 20, 2009| Leave a Comment »
Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan “Yaa Rahim” sebanyak 100 kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.
*
*Doa memperoleh hikmah dan tergolong orang yang soleh (surah Asy Syuara ayat 83 – 85)
83. “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku Dengan orang-orang Yang soleh;
84. “Dan Jadikanlah bagiku sebutan Yang baik (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian;
85. “Dan Jadikanlah daku dari orang-orang Yang mewarisi syurga Jannatun-Naiim; [Asy Syura 83-85]
Doa lain iaitu mohon petunjuk yang lurus dari segala urusan (al Kahfi ayat 10).
10. (ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan ugama kami”. [Al Kahfi 10]