Feeds:
Posts
Comments

Terima kasih kpd KaK Aini for this usefull and highly benefit article and method to be applied.

Semoga anak-anak dapat mengaplikasikan  Truth, Goodness and Usefullness ketika ada hati nak mengata hal orang lain.

Semoga Alla swt memberi pengampunan dan kasih sayangnya kpd kita. Amiin.

During the golden Abbasid period, one of the scholars in Baghdad, the capital of Muslim caliphate at that time, was reputed to hold knowledge in high esteem. One day an acquaintance met the great scholar and said, “Do you know what I just heard about your friend?”

“Hold on a minute,” the scholar replied. “Before telling me anything I’d like you to pass a little test. It’s called the Triple Filter Test.”

“Triple filter?”

“That’s right,” the scholar continued. “Before you talk to me about my friend it might be a good idea to take a moment and filter what you’re going to say. That’s why I call it the triple filter test. The first filter is Truth. Have you made absolutely sure that what you are about to tell me is true?”

“No,” the man said, “actually I just heard about it and…”

“All right,” said the scholar. “So you don’t really know if it’s true or not. Now let’s try the second filter, the filter of Goodness. Is what you are about to tell me about my friend something good?” “No, on the contrary…. ..”

“So,” the scholar continued, “you want to tell me something bad about him, but you’re not certain it’s true. You may still pass the test though, because there’s one filter left: the filter of Usefulness. Is what you want to tell me about my friend going to be useful to me?”

“No, not really.”

“Well,” concluded the scholar, “if what you want to tell me is neither true nor good nor even useful, why tell it to me at all?”

“O ye who believe! Let not some men among you laugh at others: It may be that the (latter) are better than the (former): Nor let some women laugh at others: It may be that the (latter are better than the (former): Nor defame nor be sarcastic to each other, nor call each other by (offensive) nicknames: Ill-seeming is a name connoting wickedness, (to be used of one) after he has believed: And those who do not desist are (indeed) doing wrong.” [Surah al-Hujurat 49.012]

Koleksi doa

Alhamdullilah, she is 7 and here we are still celebrated in UK. May Allah swt make this birthday is the last one to celebrate in UK. Amiin.

I am very sorry that

Perlukah saya buat kenduri arwah?

Azamin Amin (DARI HARAKAH)
Thu | Jul 16, 09 | 11:38:28 am MYT
“Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?” tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta akibat sakit kronik.

Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.

Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.

Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)

Amalan membebankan keluarga si mati

Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda:

“Persiapkan makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan).” – Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.

Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.

Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.

“Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam,” katanya yang dipetik dari laman web tersebut

Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.

Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah

Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.

Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.

Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:”Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya.”

“Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.

“Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya.” ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk ‘Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama’ oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.

“Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.

“Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, ” kata Nik Aziz.

Kenyataan pahit dan mengejutkan

Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.

“Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah,” katanya

“Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian,” katanya lagi

Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

“Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?” katanya membangkitkan persoalan.

Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

“Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya,” katanya.

Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa’ 4:59 :

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

(Segala kritikan, teguran dan pandangan bolehlah dimajukan kepada // azaminamin@yahoo.com

Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

) _

Khutbah on Muslim familes in the 21st century.

Few doa and the tips.

The khutbah text

Tafseer Ibn Kathir Surah Taghabun

Sedikit penjelasan utk m/s 17-18 tafseer Taghabun from dear friend.

Terima kasih Rina atas link khutbah & tafsir ini. Dari pembacaan kak sai yang ilmunya sangat cetek ini, kisah disebalik surah ini adalah berkenaan Rasulullah & cucu2nya. Nabi SAW bersabda: “Benarlah apa yagn difirmankan Allah – Innamaa amwaalukum wa aulaa dukum fitnah– yang membawa maksud Sesungguhnya harta kekayaanmu dan anak-anak itu sebagi ujian. Kisah Nabi SAW mengangkat cucu2 baginda kerana hampir terjatuh ketika baginda sedang berkhutbah, baginda menggambarkan yang betapa cinta & kasihnya baginda kepada kedua-duanya sehingga sanggup memutuskan khutbah. Khutbah adalah mendekatkan kita kepada Allah, sedangkan mengangkat cucu baginda itu adalah gambaran keduniaan… keduanya tidak berdosa.. namun, kehidupan dunia banyak menyebabkan kita menangguh urusan akhirat kita.. Dalam surah ini juga menceritakan bagaimana para sahabat berkeinginan untuk berjihad dengan berhijrah ke Madinah atas perintah Nabi SAW, namun atas desakan dan pujukan isteri & anak2, langkah mereka terhalang… Wallahua’lam…

Itulah gambaran baginda bahawa keluarga & harta itu menjadi fitnah kepada kita. Kita sanggup mempercepatkan solat kerana mengejar keduniaan… atau ingin bersama keluarga.. sahabat handai.. sedangkan solat itu gambaran hubungan kita dengan Allah SWT. Kita sanggup memutuskan tali silaturrahim.. hanya kerana memenuhi kehendak pasangan & anak… kita sanggup mengurangkan sedekah… kerana ingin memenuhi keinginan dunia kita… semua itu gambaran fitnah anak & harta kepada kita…

Saya ingat kisah bagaimana Rabiatul Adawiyah ditanya oleh seorang handai tentang pisau. Kenapakah engkau tidak memiliki pisau kerana ia memudahkan engkau menjalan urusan harian ie memasak. Jawapan Rabiatul Adawiyah, wali Allah SWT ini adalah… aku takut…. pisau ini akan menjadi pemisah kepada hubungan aku dengan Rabb ku Allah SWT. Betapa takwanya tinggi para wali & ambiya.. sehingga.. mereka tidak sanggup berhadapan dengan natijah memutuskan hubungan mereka dengan Allah SWT.

Mungkina ada tambahan dari rakan2 yang lain… mudahan memberi manfaat… Yang baik itu datang dari Allah SWT & yang silap itu juga darinya atas kesilapan saya sebagai hambaNya yang lalai & lemah. Saya mohon maaf dari anda semua & mohon ampun kepada Allah SWT atas sebarang kesilapan yang mungkin berlaku. Wallahua’lam…

Salam sayang,
kak sai/sai

Anak-anakku,

Sekiranya ibu tiada di bumi ini, jgn lupa utk berterusan berbuat baik kpd ahli keluarga kita. Artikel yg amat bermanfaat.

Terima kasih kpd blog ini.

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)Berkenaan ayat ini, Sheikh Abdur Rahman Nashir as-Sa’di berkata,

“Allah menggandingkan di antara saranan supaya bertaqwa kepada-Nya dengan perintah untuk berbuat kebaikan kepada kaum keluarga dan melarang dari memutuskan hubungan silatur rahim yang mana dengannya dapat menegaskan akan maksud tersebut, yang bahawa betapa wajibnya menunaikan hak-hak Allah, maka adalah juga wajib untuk menegakkan hak-hak makhluk, khususnya adalah yang termasuk persoalan hubungan kekeluargaan di antara mereka, bahkan menunaikan hak-hak mereka adalah di antara hak-hak Allah yang telah diperintahkan oleh-Nya.” (Tafsir as-Sa’di, 2/11)

Dari itu, perlu difahami terlebih dahulu bahawa hubungan silatur rahim adalah suatu bentuk jalinan atau ikatan perhubungan yang dibina secara bersama di antara sesama ahli keluarga dan kaum kerabat yang terdekat. Perkara ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Manzhur rahimahullah,

“al-Imam Ibnul Atsir rahimahullah berkata, “Silatur rahim adalah suatu ungkapan yang berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memperhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silatur rahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya.” (Lisaanul ‘Arab, 14/318)

Kaum kerabat yang dimaksudkan dalam persoalan ini adalah seperti kedua ibu dan bapa, adik beradik, pak cik, mak cik, sepupu, nenek, datuk, anak-anak, dan selainnya yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat.

Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiyah (persaudaraan sesama Islam).

“… dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara.” (Surah Ali Imran, 3: 103)

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara…” (Surah al-Hujuraat, 49: 10)

Dalam perkara menjalinkan silatur rahim ini, suatu yang perlu ditekankan dan lebih diutamakan adalah dalam persoalan menyambungkan hubungan dua pihak yang telah terputus atau mengalami masalah (krisis). Ini adalah sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhu,

“Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Jalinan silatur rahim yang paling utama dan dituntut adalah menjalinkan hubungan yang baik dengan kedua ibu dan bapa. Malah, ia adalah merupakan suatu yang wajib berdasarkan dalil-dalil yang jelas, yang antaranya,

“Dan tidak ada yang disesatkan oleh Allah kecuali orang-orang yang fasiq, (iaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Baqarah, 2: 27)

Al-Imam ath-Thabari menyatakan berkaitan ayat tersebut sebagaimana berikut,

“Pada ayat ini, Allah menganjurkan hamba-Nya agar menjalinkan hubungan kekeluargaan dan dengan orang yang memiliki hubungan rahim, serta tidak memutuskannya.” (Tafsir ath-Thabari, 1/221)“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa-mu dengan sebaik-baiknya.” (Surah al-Isra’, 17: 23)

Menurut al-‘Allamah ar-Raghib al-Asfahani rahimahullah bahawa, “Kata rahim berasal dari kata rahmah yang membawa erti lembut, yang memberi petunjuk (gambaran/indikasi) supaya berbuat baik kepada orang yang disayangi.” (Mufraadaat al-Fazhil Qur’an, m/s. 347)

Kedua ibu bapa adalah ahli keluarga yang mempunyai ikatan nasab (keluarga/darah) yang paling dekat, malah memiliki jasa yang sangat besar, yang mana mereka telah memberikan kasih dan sayangnya sepanjang hidup mereka. Malah mereka memiliki hak yang paling utama di dalam tingkatannya dan terletak setelah perbuatan mentauhidkan Allah.

Contoh berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah dengan mengasihi mereka, memberi bantuan yang diperlukan, menyayangi mereka, memberi perhatian kepada mereka, menjaga nama baik mereka, dan juga termasuklah menghiburkan hati mereka. Ia bukan sahaja berlangsung setakat di masa hayat mereka, tetapi juga setelah mereka meninggal dunia iaitu dengan mendoakan kebaikan buat mereka.

Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu,

“Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Amal apakah yang paling utama?” beliau menjawab, “Solat ketika tiba waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian apa?” beliau menjawab, “Berbaktilah kepada kedua orang tua.” Aku bertanya, “Kemudian apa?” beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, dan Ahmad)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga melarang kita dari perbuatan derhaka kepada kedua ibu dan bapa.

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan bahawa menjalinkan hubungan silatur rahim memiliki hubung kait dengan keimanan terhadap Allah dan hari kemudian.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Malah, dengan menjalinkan hubungan silatur rahim, Allah akan melapangkan rezeki dan memanjangkan umur kita. Manakala sebaliknya, orang yang memutuskan silatur rahim, Allah akan mempersukarkan rezekinya atau tidak memberikan keberkahan kepada harta yang dimiliki.

“Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Malah di sana terdapat pula hadis yang berbentuk ancaman kepada mereka yang memutuskan silatur rahim sebagaimana berikut,

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menjalinkan hubungan silatur rahim terhadap ahli keluarga yang lain dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara yang antaranya dengan mengunjungi ahli keluarga yang dimaksudkan, tidak lupa bertanyakan khabar, sentiasa berhubungan dengan mereka sama ada dengan menziarahi mereka atau dengan memanfaatkan peranan alat bantu teknologi masa kini (seperti internet, e-mail, sms, atau telefon), memberikan hadiah, sentiasa hormat-menghormati terutamanya kepada mereka yang lebih tua, segera membantu mereka yang memerlukan dan yang berada dalam kesusahan, menghulurkan sedekah kepada yang tidak mampu, saling sayang menyayangi, ingat mengingatkan, memuliakan mereka, mendampingi mereka jika mereka menghadapi kesedihan, meraikan kegembiraan mereka, sentiasa memenuhi undangan dari mereka, mendoakan kebaikan buat mereka, mendamaikan yang berselisih, dan juga mengajak mereka kepada jalan kebaikan yang diredhai iaitu kepada hidayah dan rahmat Allah Subahanahu wa Ta’ala.

Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlulah sentiasa dilakukan bertepatan dengan petunjuk Allah dan sunnah Rasul-Nya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir, fasiq, atau seumpamanya, maka jalinan kekeluargaan bersama dengan mereka dapat juga dilakukan dengan melalui nasihat-nasihat tertentu yang baik-baik, memberi tunjuk ajar, peringatan, membantu mereka dalam kesusahan, menghiburkan mereka dengan memberi hadiah (dalam usaha melembutkan/melunakkan hati mereka), serta berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah.

Menjalinkan silatur rahim memiliki begitu banyak manfaat yang di antaranya adalah sebagai suatu usaha (tanggungjawab) melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi (mendapat) keluasan rezeki oleh Allah, merapatkan hubungan yang dengannya mampu memberi peluang dakwah yang lebih baik dan berkongsi ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah dan buruk sangka, dan yang akhirnya diberi jaminan Syurga (dijauhkan dari Neraka) oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Daripada Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam Syurga dan menjauhkanku dari Neraka”. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan menjalinkan silatur rahim”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nawawi Subandi,
23:27, 25 Jun 2008
Bandaraya Anggerik.

Assalamualaikum anak-anaku,

Di dalam tulisan yg terdahulu ada ibu coretkan catatan dan nasihat yg baik daripada Ustaz Zaharuddin berkaitan menutup aurat yg betul. Pakaan ibu pun masih di tahap cuba perbaiki diri sedikit demi sedikit. Tetapi baru-baru ini , Allah swt telah menghantar mesej kpd ibu agar aurat ibu perlu dijaga dengan lebih baik lagi. MasyaAllah, terima kasih di atas teguran Mu. Aku mohon ampun krn menjadi manusia yg lalai. Ibu kisahkan di sini utk pengetahuan dan iktibar kita bersama.

Jumaat yg lepas (12 Jun2 2009) ibu ke surau utk mempelajari tafseer dan sirah. Ibu tidak dapat solah ketika itu, sambil menunggu sahabat-sahabat lain selesai solah, ibu duduk sambil membuat apa yg patut. Usai , selepas tamat solah, tiba-tiba ibu dikumjungi terus oleh seorg hamba Allah yg meminta pertolongan ibu utk maklumkan kpd sahabat2 yg solah tidak memakai stokin dan tidak memakai pakain yg sempurna ketika solah(tidak sempurna di sini bermaksud memakai jeans dan telekung sahaja ketika solah). Ibu tergamam dan terkedu, krn ibu pun adakalanya memakai jeans dan telekung sahaja ketika solah. Sister tersebut mengatakan “It is not a proper way to dress like that to pray, the better way is to wear like this” (merujuk kpd jubah yg dipakainya). Ibu faham maksudnya, tetapi ibu tidak pernah tahu bahawa semasa solah, kita perlu berpakaian begitu, setahu ibu asalkan kita menutup aurat, maka kita boleh bersolah.

Rupa-rupanya, berpakaian formal ketika bertemu Allah swt amatlah digalakkan atau lebih baik dari kita berpakaian spt jeans dan pakaian ketat2 serta yg tidak sesuai. Memanglah betul cakap sister tersebut dan ibu tidak membantah cakap beliau.

Bila sampai di rumah ibu terus berfikir lagi, inilah teguran Allah swt buat ibu. Ibu fikir lagi adakah perlu ibu memakai jubah atau memakai yg lebih sempurna (longgar, blouse yg labuh ke lutut) utk keluar dari rumah. Ya Allah, betapa lemahnya iman ibu, terkenang ibu petikan di dalam Al Quran :

“Sesungguhnnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu.”(Al-Hujurat:15)

“Kebenaran itu dari Tuhan-mu, maka janganlah sekali-kali(Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu.”(Al-Baqarah:147)

Ibu adalah org yg ragu-ragu utk terus berubah secara direct menutup aurat. Ya Allah , aku memohon ampun dan maaf.

Aku bersyukur krn kasih dan sayangMu utk menegur hamba  Mu yg hina ini. Aku memohon kpdMu agar dapat aku melaksanakan perintahMu sedikit demi sedikit dan seterusnya istiqamah. Semoga Engkau terus memberi petunjuk dan kekalkan ingatanKu kpd Mu tanpa rasa ragu-ragu. Amiin.

Anak-anakku, jagalah aurat Mu. Jika dirimu bertungkus lumus bersiap diri jika bertemu dengan Raja atau pembesar negeri, maka kamu kena lebih bersiap utk bertemu dengan Allah swt krn dia adalah Maha Agung, Maha Esa Yang Menciptakan manusia dan kehidupan ini serta setiap sesuatu yg tidak mampu kita ciptakan. Semuanya datang dengan izin Allah swt.

Semoga kita sekeluarga diberi hidayah dan petunjuk dariNya. Amiin.

Poem competiton

Tiba-tiba di mail box hari ni ada satu envelope besar. Ibu ingatkan surat ‘SPAM’ rupa-rupanya tidak. Terkejut, terkedu dan terharu. Alhamdullilah tidak terhingga krn anakanda Aisyah berjaya menulis poem ringkas  di dalam satu pertandingan. Agaknya di sekolah semasa umur 6 tahun. Kelakar pun ada kerana poem nya ringkas saje. Teringat kata-kata Aisyah bila dipaksa menulis. I hate writing, or I do not know how to write. Masyallah. Anak-anak……

Anyway, Ibu will put the certificate picture of your winning poem competition. Insyallah katanya akan dibukukan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat utk Aisyah terus menulis. Tahniah anak ku sayang. Jangan lupa panjatkan kesyukuran kpd Allah swt yg memberikan ilham buat anak anda.

Poemnya bertajuk Alien.

I am so proud of you adik and of course kakak too.

You are my soul my honey and poison tooo….hihihihih 🙂

Ayah dan ibu

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Renungkan ke dalam diriku sebagai ibu dan renungkanlah anak-anakku akan petikan ayat-ayat cinta dari Allah ttg pentingnya berbuat baik kpd ibu bapa. Tidak terbalas jasa ibu dan bapa. Ibu mengharapkan agar mereka dapat hidup gembira dgn kepulangan ibu. Ibu mmg dapat rasakan rindu yang mencengkam jiwa, walau tidak dapat ibu tatap tapi, dapat ibu rasakan getaran di suaranya. Maaf saya mak…..krn buat mak dan bapa ternanti-nanti kepulangan saya.

Ibu terbaca petikan dari Utusan mengenai kisah seoarg anak yg sangat baik. Segala deritanya senyumnya hanay utk ibu dan bapanya.

Memang benarlah janji-janji Allah setiap ujian yang ditempuhi umatnya pasti akan ada hikmahnya. Siapalah kita utk megeluh dan menyalahi suratan yang tertulis. Nampak pahit tapi madunya , jika tidak di dunia ini mungkin di akhirat kelak.

Bila membaca petikan ini, ibu nasihatkan agar anak-anak ibu serta ibu dan ayah dapat menjadi spt Mas. Membahagiakan ibu dan ayah serta mertua adalah amat bermakna. Sayangilah mereka , spt mana mereka menyayangi diri kita.

Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa  mak dan bapa serta mak dan abah. Semoga dipanjangkan umurmu agar dapat ku berbakti kpd mu ibu dan ayah. Ampuni daku anak mu. Amiin.

Kebahagiaan keluarga keutamaan saya

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm

[ARKIB : 18/05/2009]Utusan Malaysia

ANAK-anak adalah harta yang tidak ternilai kurniaan Allah SWT kepada pasangan suami isteri sebagai penyeri dalam rumah tangga.

Ada anak-anak yang gagal kerana miskin dan terpaksa mengorbankan pelajaran semata-mata untuk membantu ibu bapa. Sayangnya kita tidak pernah menyelami bagaimana perasaan mereka yang terpaksa melupakan hasrat menyambung pelajaran kerana kesempitan hidup sedangkan mereka mempunyai impian mahu mengubah nasib keluarga.

Inilah mukadimah kisah yang ingin saya kongsi bersama pembaca minggu ini. Luahan seorang anak yang sehingga kini masih gagal membahagiakan kedua ibu bapanya.

Wanita ini yang saya panggil sebagai Mas, berusia lewat 20-an, sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan anak. Kita ikuti cerita Mas yang diluahkan kepada saya sebagai iktibar.

“Saya telah lama ingin berkongsi kisah ini dengan pembaca tetapi saya pendamkan hajat itu kerana saya tidak pandai menulis. Setiap kali cuba, saya akan menangis.

“Saya bekerja sebagai kerani di salah sebuah jabatan kerajaan di Melaka. Perjalanan hidup saya agak susah, tapi saya reda. Saya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun tidak cemerlang. Alhamdulillah walaupun susah tapi ibu bapa memberi kami didikan dunia akhirat yang cukup.

“Adik kedua, lelaki, bekerja dengan syarikat feri pelancong yang berlabuh di sempadan Singapura-Malaysia, tetapi bekerja dengan warga asing, kadang-kadang gaji pun dibayar separuh. Namun adik saya tidak patah semangat. Naluri kakak yang sulung bila adik kesusahan, walau sedikit sebanyak mesti nak tolong.

“Adik ketiga belajar di Institut Latihan Perindustrian (IPL) dan akan tamat akhir tahun ini. Adik keempat dan kelima, perempuan belajar di sekolah menengah dan adik yang kecil berusia 11 tahun, masih bersekolah.

“Baba saya berumur 63 tahun tapi alhamdulilah belum mendapat penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, hanya ada gout sahaja. Emak pula berusia 53 tahun, tidak bekerja tetapi membantu baba di warung kopi.

“Hidup kami sentiasa teruji, kadang-kadang saya tidak tertanggung, tapi apa boleh buat, ini namanya manusia. Pada tahun 2007, adik saya yang sedang belajar di ILP kemalangan teruk, koma dua hari, mujur umur panjang. Saya mengambil cuti, menjaganya di Hospital Melaka dan kemudian ke Hospital Kuala Lumpur.

“Tiada tempat untuk saya tidur hanya di kaki lima hospital sahaja saya melelapkan mata. Saya tidak sanggup meninggalkan adik keseorangan.

“Tidak tergamak juga saya hendak membiarkan baba dan emak menjaga adik. Saya pikul tanggungjawab sebagai anak sulung dan kakak demi kerana kasih pada adik.

“Syukur kepada Allah SWT, lama kelamaan adik saya beransur sedar dan pulih, saya orang pertama yang berpuasa tanda kesyukuran. Tidak mahu kalah kepada ujian, saya mengambil peperiksaan SPM Vokasional dan berjaya mendapat gred dua. Saya cuba memohon memasuki universiti tetapi gagal.

“Akhirnya saya masuk ke sebuah kolej swasta. Sayangnya hanya bertahan dua semester sahaja.

“Wang pinjaman saya gunakan sedikit, yang lain diberi pada baba untuk belanja. Baba sering datang menjenguk saya dengan menunggang motor Honda Ex5 dari Melaka ke Bangi, bayangkan pengorbanan baba.

“Tetapi kita hanya merancang Allah yang menentukan, saya gagal, walau puas mencuba untuk berjaya. Saya pulang ke kampung dengan rasa kecewa. Pada masa yang sama saya berusaha untuk menyambung pelajaran di universiti tetapi tetap gagal.

“Saya mengambil keputusan untuk bekerja di kebun bunga dari pukul 8 pagi hingga 3 petang dengan gaji RM600 sebulan sementara dari pukul 5 petang hingga 1 pagi bekerja kilang. Niat saya hanya satu, membantu keluarga.

“Sehingga akhir tahun 2000, saya membuat dua kerja. Saya mencuba nasib melanjutkan pelajaran di Institut Pertanian Semenanjung Malaysia, alhamdulillah saya berjaya masuk dan mendapat CGPA 3.24, walaupun hanya sekadar sijil tapi saya bersyukur.

“Habis belajar tahun 2002, Allah kurniakan saya pekerjaan sebagai pembantu pertanian, sukanya saya dengan gaji pokok RM979, umur saya 22 tahun cukup membanggakan saya dicampur dengan elaun agak lumayan bagi saya.

“Saya mampu membuat pinjaman peribadi membeli keperluan rumah keluarga, kami tinggal di rumah pangsa setelah diusir dari tanah sendiri. Kata baba, dia mampu menyewa.

“Namun ketentuan Allah tidak siapa mampu menolak. Saya dilamar oleh seorang lelaki yang saya temui ketika berkursus. Saya yakin dia boleh membahagiakan saya.

“Lamarannya saya terima dengan kata-kata apabila dia menerima saya, bermakna dia sanggup menerima saya dan keluarga saya dan kehidupan kami yang serba kekurangan. Ertinya dia perlu sanggup berkongsi kesusahan dengan saya.

“Saya bertunang ketika umur 24 tahun dan berkahwin dua tahun kemudian. Sekarang usia saya 29 tahun, sepatutnya saya sudah menimang cahaya mata, tetapi saya cuba memohon kepada Allah dilambatkan sedikit untuk saya membantu emak, baba dan adik-adik.

“Saya dan suami sama-sama membantu keluarga saya, Allah mengurniakan suami anak yatim, hanya mempunyai dua orang kakak yang berjaya dalam hidup, dan baik-baik belaka. Setiap bulan kami memberi baba dan mak wang perbelanjaan.

“Pada 2008, saya membuat pinjaman dan membuka restoran dengan harapan untuk membantu meningkatkan kehidupan keluarga. Sayangnya restoran itu hanya dapat bertahan setahun.

“Sebagai anak, saya ingin membeli rumah untuk emak dan baba sebab tidak mahu mereka tinggal menyewa di rumah pangsa selama-lamanya. Saya pernah mengajak mereka tinggal dengan saya tetapi mereka ingin rumah sendiri. Apa pun terjadi saya akan usahakan sampai mereka dapat rumah sendiri, insya-Allah.

“Saya tidak mahu cakap takbur tapi sebagai anak, saya akan pastikan emak dan baba tidak akan menerima wang Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana saya masih ada.

“Saya mampu menyara mereka biar apa pun terjadi. Setiap hari saya berdoa agar usia mereka dipanjangkan dan mereka diberi kesihatan yang baik kerana saya dan adik-adik masih memerlukan mereka.

“Setiap pengorbanan ada ganjaran, setiap ujian ada hikmahnya. Saya akur dengan ketentuan Ilahi. Khabar terkini yang ingin saya kongsi, saya telah mendapat tawaran belajar di Universiti Putra Malaysia (Bintulu) dan dijadualkan mendaftar sebagai pelajar baru pada 27 Mei ini.

“Saya berharap impian saya menggenggam segulung diploma dan ijazah akan dimakbulkan Allah SWT. Kepada baba dan emak, saya akan tunaikan hajat kalian berdua. Kepada suami, terima kasih kerana berkongsi susah senang bersama saya. Kepada adik-adik, belajarlah rajin-rajin agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta jangan lupa jasa dan pengorbanan baba dan emak.”

Terkedu seketika saya jadinya. Dalam banyak kisah inilah kali pertama saya menerima luahan hati seorang anak yang terlalu mengagung dan menyayangi kedua-dua ibu bapanya.

Terasa sayu saya dengan komitmen Mas kepada ibu bapa dan adik-adiknya. Kalaulah ada lagi anak-anak seperti Mas, saya pasti, semua ibu bapa akan merasa bahagia yang amat sangat.

Menutup kata, istimewa buat Mas: “Aku melihat kehidupan daripada pandanganMu. Aku tidak bercita-cita tinggi kecuali melakukan yang terbaik untuk ayah dan ibuku. Mereka telah memberi semua kasih sayang dan rasa cinta kepada kami, anak-anaknya.

“Mereka mengajar kami erti hidup dan cara mengatur perjalanan di landasan sebuah kehidupan. Dan aku, sebagai anak, wanita, isteri dan kakak akan terus berdiri di situ, menemani kalian sebagai bunga yang akan terus semerbak dan burung yang terus berkicau.”

Salam.

Minggu Ujian

Salam rindu buat anak-anaku,

This week is your exam week. Insyallah, Ibu pray for your success.

This week also, I try to teach you to pray extra – Solah Hajat.

Setiap usaha, insyallah akan berjaya. Tetapi setiap kejayaan datang dari Allah swt.

Yg ibu doakan agar akhlakmu secantik  Saidatina Fatimah, cerdikmu secerdik Saidatina Aisyah.

Semoga Allah swt memakbulkan permintaan ibu.